Monday, 15 October 2012

New Stuffs / Ready Stock : Set Aksesori ( Black )


KOD ITEM : AC 002

Set A : Rantai + Gelang + Kerongsang + Subang
Harga : RM 70
( 1 set : Rantai, gelang, subang, kerongsang )

Warna : Hitam

Stock : Available, 1 pcs

Closed up :
Rantai pearl white mixed with manik hitam

Buah rantai berbentuk oval
Set lengkap
Packaging : 

Nota Kaki :  Harga biasa 1 set macam ini dipasaran ialah RM80. Harga kami hanya RM70, anda jimat RM10. Ada diskaun lagi kalau beli 4set dengan lain-lain warna. Diskaun RM 10 buat anda yang membeli ke-empat2 set.

4 set with different colour
Berminat? Drop ur order to us through email : icey_shygirl@yahoo.com. 


New Stuffs / Ready Stock : Set Aksesori ( Light Green)


KOD ITEM : AC 001

Set A : Rantai + Bangle + Kerongsang Juntai + Subang
Harga : RM 70 
(1 set : Rantai+gelang+subang+kerongsang)

Warna : Hijau Muda

Stock : Available , 1 pcs

Close-up :
Rantai pearl white mix manik berwarna hijau muda.

Buah rantai bentuk oval

Set lengkap : sekali dengan gelang, subang & kerongsang

Packaging : 
1 set


Nota Kaki :  Harga biasa 1 set macam ini dipasaran ialah RM80. Harga kami hanya RM70, anda jimat RM10. Ada diskaun lagi kalau beli 4set dengan lain-lain warna. Diskaun RM 10 buat anda yang membeli ke-empat2 set.

4 set for different colour


Berminat? Drop ur order to us through email : icey_shygirl@yahoo.com. 


New but used, a novel : Awas! Bila Hati Dah Sayang (Tinta Biru)


KOD NOVEL : NV 007
"Sejauh mana kau berlari,aku akan mengejarmu...
Sejauh mana kau berada, aku akan disisimu..."
Harga = RM 20
Harga Beli = RM 26 (Harga Sabah)
Tajuk = Awas! Bila Hati Dah Sayang
Penulis = Tinta Biru
Terbitan = Karya Seni
Muka Surat = 623 m/s
Cetakan = Pertama, Februari 2012

Sinopsis :

Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

"Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau seorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?" - Ikram

Gurauan demi gurauan membuatkan hari wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

"Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!" - Khairil

Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?


Used Novel : Kasih Bersulam Cinta (Rozita Abd.Wahab)


KOD NOVEL : NV 006
"Ikatan yang terbina ini jangan biar terlerai agar hati kita tidak berkecai..."
Harga = RM 10
Harga Asal (Beli) = RM 20 (Harga Sabah)
Tajuk = Kasih Bersulam Cinta
Penulis = Rozita Abd. Wahab
Terbitan = Alaf 21
Muka Surat = 443 m/s
Cetakan = Pertama, 2011

Sinopsis :

"Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku." Terdiam Anis Razikin seketika. 'Angau.' Perkataan itu yang disebut oleh Norma. 'Aku angau? Hah...biar betul!'

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, "Kau belum rasa...kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya." Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan...tanpa cinta.

Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim...dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?

Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafikan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah...dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu!

Kerana rindu...bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.

Used Novel : Bukan Hanya Sesaat ( Ainul Hazrah)


KOD NOVEL : NV 005
"Cahaya cintaku tidak pernah padam walau sesaat..."
Harga = RM 9
Harga Asal (Beli) = RM 24 (Harga Sabah)
Tajuk = Bukan Hanya Sesaat
Penulis = Ainul Hazrah
Terbitan = Alaf 21
Muka Surat = 540 m/s
Cetakan = Pertama, 2011


Sinopsis :

Peerkahwinan Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing. Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya.

Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wanita yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah. Arief pula kuat cemburu... cemburu buta tidak bertempat!

Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafazkan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya sesaat dia mencintai dan merindui Maryam!

Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak hent-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayangnya terhadap Arief masih menebal di sanubari.


Used Novel : Cupid Love (Rafizah Nordin)


KOD NOVEL : NV OO4

Harga = RM 9
Harga Asal = RM 21
Tajuk Novel = Cupid Love
Penulis = Rafizah Nordin
Terbitan = Kaki Novel
Muka Surat = 430 m/s
Cetakan = Pertama, Julai 2008

Sinopsis :

Bersaksikan lautan yang terbentang luas, camar yang berterbangan bebas di udara...kita dipertemukan atas nama sahabat. Bermula sapa-menyapa lantas berpanjangan menjadi teman bicara.

Pertemuan yang sedetik cuma rupa-rupanya membuahkan bibit-bibit kemanisan tanpa kau dan aku sedari. Dan hari-hari yang berlalu disulami tawa dan usik-mengusik adalah tunas sayang yang mula bercambah di hati kita...

Kala kau dan aku mengikat janji untuk bersua, halangan mengintai lalu merungkai janji...memusnahkan kepercayaan kau padaku. Lantas tanpa pamitan kau pergi...pergi dan meninggalkan nanar di hati ini.

Dari lewat bicara antara kita...aku cuba menjejakimu. Aku tidak mahu kecundang untuk kali kedua, kerana kecundang itu amat menyakitkan.

Used Novel : You ni... Ayat-ayat Jiwa (Putraery Ussin)


KOD NOVEL : NV 003

Harga = RM 11
Harga Asal = RM 22 (Harga Sabah)
Tajuk Novel = You ni... Ayat-ayat Jiwa
Penulis = Putraery Ussin
Terbitan = Kaki Novel
Muka Surat = 534 m/s
Cetakan = Pertama, Jun 2010

Sinopsis :

Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah yang dirasakan oleh Ery dan Yun saat cinta mereka terbelah dua. Disaat hati saling terpaut, telah ada insan yang telah setia menanti kehadiran mereka.

Hendak diceritakan kepada siapa yang boleh dipercayai tentang perasaannya ketika ini? Hendak berkongsi juga tidak tahu bagaimana hendak dimulakan segala yang berlegar di benaknya. Maka terpaksa dibiarkan sahaja berlalu tanpa suara dan tanpa tindakan sewajarnya. Perasaan itu kalau dibiarkan pasti ada hati yang terluka. Lebih teruk ada jiwa yang terseksa. - Ery

Di sana si dia menunggu cuma jaraknya jauh, ikhlasnya sudah pasti tetapi jauh itu mengundang rindu yang menusuk kalbu. Di sini bermain di mata, dekat jaraknya terlalu hampir tetapi hendak dipeluk takut dia terus lari menjah dan terus menjauh lagi lalu pergi. - Yun

Mampukah mereka meluahkan yang terbuku? Bercantumkah hati-hati mereka? Hanya mereka yang berhak menentukan pilihan hati mereka.